Seorang anggota polis bersama ahli pasukan keselamatan bersenjata Perancis berdiri disebelah serpihan pesawat yang belum lagi dikenalpasti, ditemui dekat kawasan persisiran Saint-Andre de la Reunion, timur Pulau La Reunion di Lautan Hindi, pada 29 Julai, 2015. Serpihan itu telah diserahkan kepada briged pengangkutan udara pasukan keselamatan bersenjata Perancis (BGTA), yang kini sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan itu. Seorang pakar keselamatan pengangkutan udara berkata, beliau pada masa ini tidak dapat menolak kemungkinan serpihan itu sebahagian daripada pesawat MH370 milik Malaysia Airlines, yang hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac, 2014. AFP / YANNICK PITOU




No comments:
Post a Comment