Seorang anggota polis bersama ahli pasukan keselamatan bersenjata Perancis berdiri disebelah serpihan pesawat yang belum lagi dikenalpasti, ditemui dekat kawasan persisiran Saint-Andre de la Reunion, timur Pulau La Reunion di Lautan Hindi, pada 29 Julai, 2015. Serpihan itu telah diserahkan kepada briged pengangkutan udara pasukan keselamatan bersenjata Perancis (BGTA), yang kini sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan itu. Seorang pakar keselamatan pengangkutan udara berkata, beliau pada masa ini tidak dapat menolak kemungkinan serpihan itu sebahagian daripada pesawat MH370 milik Malaysia Airlines, yang hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac, 2014. AFP / YANNICK PITOU
sensasidanhumor
Saturday, 1 August 2015
KUALA LUMPUR: Serpihan pesawat atau ‘flaperone’ yang ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar di Lautan Hindi pada awal pagi Khamis boleh terapung kerana ia diperbuat daripada komposit ringan.
Ini adalah pendapat bekas ketua juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussein yang berkata mungkin juga terdapat ‘air pocket’ di dalamnya.
BACA: Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini
“Dalam pesawat jet modern, ada kepak-kepak yang boleh dikeluarkan pesawat untuk mendarat dan terbang. Bila mendarat kita tidak hendak mendarat dengan laju.
“Flaperone boleh terapung kerana ia diperbuat daripada komposit yang ringan dan padat. Ia mungkin ada ‘air pocket’ di dalam.
“Dia tak kalis air dan sebab itu boleh terapung,” katanya.

Subscribe to:
Comments (Atom)